Ahad, 22 Ogos 2010

BFM - Siri 1

Bengkel Fasilitator Muda

Siri I (FASILITATOR BERJIWA RAKYAT), bertarikh 22/8/2010 ( ahad).

Masjid Jamek Tanjong Malim

Pada hari ini, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan. Ermm apa aktiviti hari ini ya? Rupa- rupanya kami dikehendaki untuk pergi ke salah satu tempat atau kawasan. Tugas kami adalah membersihkan kawasan sekitar tempat tersebut. Patutlah ‘Fasilitator Berjiwa Rakyat’ katakan Hehehe. Ada empat tempat semuanya iaitu

· Rumah Sejahtera, Ketoyong ( Rumah Orang- orang tua).

· Masjid Jamek, Tanjong Malim

· Rumah Rehat, Tanjong Malim

· Rumah Anak Yatim Baitul Mahabah

Jalan Kaki pergi Ke Masjid


Saya merupakan kumpulan 2 dan dikehendaki pergi ke Masjid Jamek. Perjalanan dari kampus ke Masjid Jamek tanjong Malim tidak lah jauh mana, hanya 10 minit sahaja berjalan kaki. Sampai disana, kami disambut oleh 2 orang wakil dari Masjid Jamek. Kalau tidak salah saya mereka itu adalah tok siak dan setiausaha Masjid itu. Dalam hati saya kalau tak silap ini kali kedua saya datang ke Masjid Jamek ini. Kali pertama tumpang solat. Ini adalah kali kedua. Tak sangka kedatangan saya bukanlah untuk solat tetapi membersihkan masjid. Rasa teruja sekali kerana dapat berbakti pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selepas itu, kami sekali lagi dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan saya dikehendaki membersihkan tempat sembahyang bahagian lelaki. Masuk sahaja tempat sembahyang lelaki, bagi saya tidak lah kotor sangat. Kami hanya membuang sarang labah- labah, vacuum, sapu sampah dan sebagainya. Agak kepenatan sedikit. Tidak lupa juga kawasan tandas. Hehehe. Saya mengambil kesempatan meninjau persekitaran masjid Jamek ini. Rupa- rupanya advance juga ya tempat ini.. siap ada tadika, cafĂ©, pejabat dan macam- macam lagi. Menurut setiausaha Masjid ini, kalau ada sesiapa yang ingin menumpang tidur ada bilik- bilik khas siap ada tempat gosok baju lagi. Sepanjang bulan ramadhan ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan di masjid ini antaranya ialah memasak bubur lambok. Wah… best ni.

Hasil Kerja Kumpulan Kami



Bersih- Bersih

Apa yang saya dapat pada siri pertama ini ialah tentang kecekalan. Iya lah kan sebab inikan bulan puasa. Kita sebagai hamba Allah yang berpuasa ditambahkan lagi dengan kerja- kerja berat, ia sudah semestinya memberikan suatu kelainan. Disini kecekalan sangat penting buat saya. Cekal menempuh dugaan dalam keadaan perut kosong. Mental dan fizikal juga harus kuat.

Selesai gotong royong ini dalam pukul 12.00 tengahari. Kami terus balik ke kampus. Sampai di kampus kami sekali lagi berkumpul di bilik konvokesyen bertempat di bangunan E-Learning. Di sini kami berkumpul untuk membuat refleksi dan mendengar pangalaman- pengalaman kumpulan lain. Sungguh teruja saya apabila mendengar ahli kupulan lain memberikan pengalaman mereka. Bagi saya semua ahli menjalankan tugas dengan baik dan memperolehi sesuatu yang baru. syabas kepada mereka yang menyertainya. good luck untuk siri yang seterusnya. ;)


Dah Habis....balik lah

Bengkel Fasilitator Muda



Fasilitator muda adalah untuk membentuk para pelajar membina jati diri, memperkuatkan mereka dari segi mental dan fizikal dan rohani. Fasilitator berfungsi memberikan bantuan dalam memperlancarkan proses komunikasi sekelompok sehingga mereka dapat memahami dan memecahkan masalah bersama- sama. Apa yang boleh saya katakan disini, fasilitator merupakan pelatih, dan memberi bimbingan nasihat atau pendapat. Bengkel yang akan saya lalui ini ada empat siri kesemuanya.

• Siri I (FASILITATOR BERJIWA RAKYAT), bertarikh 22/8/10.
• Siri II (BENGKEL SWA-DIRI FASILITATOR MUDA), bertarikh 29/8/10.
• Siri III (KEM PEMANTAPAN FASILITATOR MUDA), bertarikh 24-26/9/10.
• Siri IV (PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA), bertarikh 1-3/10/10.


Saya berasa amat seronok dan teruja serta tidak sabar- sabar untuk menjalani bengkel ini. Kalau boleh saya nak kutip sebanyak mungkin ilmu yang akan dicurahkan kepada saya dan juga rakan- rakan yang lain. Bukan saya tidak pernah menyertai mana- mana program fasilitator sebelum ini. Cuma saya ingin mengutip pengalaman baru dan ilmu baru. Bagi saya, pengalaman adalah berbeza bagi setiap program. Lagi satu, banyak- banyak program saya tidak pernah mengikuti T.O.T. tetapi melalui bengkel ini ada slot berkenaan T.O.T. jadi saya harus mengambil peluang keemasan ini. Lagi pula bayaran tidaklah semahal mana, iaitu sebanyak RM 40.00 sahaja. Apapun saya berharap diri saya kuat dan ada anjakan paradigma dalam diri selepas melalui bengkel ini. Tidak seorang pon yang memaksa saya untuk menyertai bengkel ini. Semuanya atas inisiatif saya sendiri, kerana saya perlukan perubahan dalam hidup untuk mendidik anak bangsa saya suatu hari nanti.

Sabtu, 21 Ogos 2010

MEMBINA MINDA POSITIF



Membina Minda Positif

Ramai orang tidak tahu begaimana menjadikan diri mereka positif dari pelbagai aspek. Saya percaya bahawa orang yang Berjaya dan bahagia bermula daripada minda yang positif. Percaya atau tidak, anda boleh menilainya. Secara logic akal, orang yang tidak positif terhadap diri adalah orang yang sering kalah sebelum berjuang. Membiarkan diri mereka hanyut. Membiarkan perasaan mengawal tindakan, membiarkan nafsu mengawal akal!. Maka jadilah mereka orang yang tidak berguna di bumi ini. Sebenarnya apa yang mengawal apa? Anda percaya bahawa saya mengatakan akal(minda) mengawal tindakan (tubuh badan)? Believe me. Percayalah!!! Bagaimana mahu membina minda yang positif? Mari kita baca petua ini.

1. Percaya kepada Allah/ Tuhan
Sebagai seorang manusia atau hamba wajib percayakan Allah ataupun tuhan. Berserah diri kepadanya. Percaya bahawa Allah telah mereka sesuatu yang lebih baik kepada kita. Janganlah berprasangka buruk terhadap Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan pelbagai ujian dan cubaan yang kadang- kadang manusia itu akhirnya kalah dengan diri sendiri.

2. Percaya bahawa anda boleh percaya kepada diri
Bunyinya pelik bukan? Ya anda harus percaya dahulu kepada keupayaan anda untuk percaya kepada diri. Biarlah orang lain tidak percaya. Tetapi jadikanlah anda orang yang pertama mempercayai diri anda sendiri. Susah kah? Cuba sebut anda boleh sebanyak yang mungkin. Paksa diri anda untuk percayakan diri. Anda kena ingat bahawa selagi anda tidak percaya yang ada boleh percaya diri anda tidak akan kemana-mana.

3. Ubah Penampilan Diri
Anda rasa teruk dengan penampilan anda? Tidak tahu untuk mengubahnya? Anda ada cermin? Cerminlah diri anda. Lihat diri anda selama yang mungkin. Dimana yang membuatkan anda rasa rendah diri dan tidak yakin diri. Lihat kekurangan anda sedalam- dalamnya. Lihat pula tempat lain yang anda merasakan anda bangga mempunyainya.

4. Soal Diri dengan soalan positif
Berkomunikasilah selalu dengan diri sendiri. Kadangkala manusia tidak kenal siapa diri sendirinya. Orang yang selalu berkomunikasi dengan diri sendiri adalah orang yang kenal benar dengan dirinya. Gunakan soalan- soalan yang positif kepada diri anda :
“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

5. Fokus kepada apa yang anda mahukan
Dalam dunia kita diberi pilihan. Orang tamak selalu rugi. Orang tamak juga diberi pilihan tetapi mengapa dia rugi? Sebab tindakannya salah. Dia tidak focus kepada sesuatu perkara. Umpama peribahasa yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Focus ini bermaksud, tetapkan matlamat anda. Berikan focus kepada apa yang kita mahukan dalam jangka pendek.

6. Carilah Ilmu Pengetahuan
Bagi membina minda yang positif anda perlulah menuntut ilmu pengetahuan. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin mudah untuk dia berfikiran positif. Sertailah kursus- kursus, seminar, ceramah yang berbentuk kepimpinan. Nescaya anda mampu untuk memimpin diri sendiri dan juga orang lain. Tapi apa yang penting pimpinlah diri sendiri dahulu. Tuntutlah ilmu sehingga nafas terakhir.

7. Pilihlah Kawan yang Sesuai
Kawan memainkan peranan yang sangat kuat. Kawan yang positif ialah mereka yang membawa kita ke arah kebaikan bukannya keburukan. Kawan dengan kawan yang jahat maka jahatlah anda. Kawan dengan orang yang baik maka baiklah anda. Begitu besar pengaruh seorang kawan. Orang yang positif akan mencari kawan yang boleh membawanya kearah kebaikan dan kejayaan.

8. Berikan dan buatlah yang Terbaik
Dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan, buatlah yang terbaik untuk anda, serta tawakal kepada Allah. Apa yang penting adalah dalaman dan jati diri yang kuat.

9. Memupuk sifat Sabar
Sabar itu separuh dari iman. Orang yang sabar adalah orang yang bersikap positif. Sabar memupuk seseorang itu menjadi manusia yang sempurna.