Isnin, 26 Julai 2010

Fesyen

Ada apa ya dengan fesyen? Tudung (hijab)? Alat solek? Ala macam- macam lagi la yang perempuan suka. Kadang- kadang aku yang perempuan ni pun susah nak faham jiwa seorang perempuan. Sebelum aku nak citer pasal fesyen, tudung ni semua...jom layan jap aku punya pengamatan terhadap seorang rakan rumah aku ni. Bukan nak mengumpat, Cuma sebagai santapan untuk kita berfikir sejenak.

Aku baru la balik dari kelas dalam jam 12 tengahari la kan. Sampai kat umah, rakan rumah aku ni sedang bersiap untuk keluar. Aku lepas salin pakaian, aku terus la buat kerja. Basuh baju, jemur baju, sapu sampah, buang sampah dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, masa aku basuh baju, rakan rumah aku ni tengah pakai tudung la kan nak keluar. Tudung dia jenis selendang (panjang dan jarang). Aku tengok je la dia dok belit- belit kain tudung tu kat kepala. Semua belit- belit. Putar sana putar sini...sampai aku naik pening. Lantak ko la nak belit- belit apa aku kisah.aku pon buat tak endah je la lepas tu. Nak tahu tak? Aku basuh baju, jemur baju, jerang air, dah habis kerja aku buat. Tapi yang masalahnya rakan rumah aku ni tak habis lagi pakai tudung. Aku gelak je dalam hati. Mengucap sekejap.

Kan senang pakai tudung biasa je. Tak payah nak belit- belit. Terus sarung..jimat masa. Terlintas la satu perkataan kat otak aku nih iaitu ‘Fesyen’. Adakah kita yang kaum perempuan ini merupakan hamba kepada fesyen? sanggup menghabiskan banyak masa, duit dan menggadaikan apa- apa yang kita ada semata- mata untuk fesyen atau kecantikan. Kalau menutup aurat tu tak apalah, tapi tudung yang dipakai bukan menutup aurat dengan sepenuhnya. Masih lagi nampak apa yang mereka tutupi kerana kain tudung itu sangat jarang. Baik tak usah pakai. Berdosa juga kalau nampat aurat.

Seperti juga alat solek, berjam- jam mengadap cermin. Kalau dah muka macam tu ko tambah apapun ia tetap sama. Tak boleh nak jadi muka macam Pretty Zinta, Amisya, Jenifer Lopez atau sebagainya. Cukup lah sekadar kita bersederhana. Islam mengajar kita untuk bersederhana dan dalam keadaan bersih. Apa yang penting kecantikan dalaman. Ramai orang kita lupa tentang kecantikan dalaman. Macam ni la, kamu semua tonton la video kat bawah ni. Aku malas nak cakap banyak. Fikir- fikirkan la ea.

Sabtu, 17 Julai 2010

DAH MEMANG TAKDIR???


Masa aku tengah duduk sorang- sorang dalam bilik, aku mengenangkan nasib aku kat dunia ini. Apakah kesudahan hidup...bahagia? sengsara? Duka? Bergembira? Syurga? Atau neraka?. Aku mengeluh sendirian. Bukan setakat itu sahaja, aku juga mengeluh tentang ujian yang Allah berikan padaku. Macam- macam ujian la rasa macam tertekan sehingga aku jadi malas nak ambil pusing. Adakah semua ini takdir yang sudah tertulis dalam hidupku samaada berjaya atau tidak dalam mengharungi hidup ini.

20 minit kemudian, rakan bilik aku masuk. Dengan keadaan yang letih dan nampak tidak bermaya dia menghempaskan beg lalu mengeluh sendirian. Dia sempat menjeling kearahku dan pura- pura senyum. Aku membalas senyumannya walaupun aku juga pada ketika itu berpura- pura (senyum tak ikhlas). Aku sambung mengenangkan nasib aku ni. Tiba- tiba otak aku terfikir tentang TAKDIR. Apa itu takdir?

‘’Nak buat macam mana, dah takdir aku macam ni. Baik jahat aku pun dah takdir.’’

‘’dah ditakdirkan aku dilahirkan didunia ini sebagai orang yang bodoh, miskin. Nak buat apa lagi?’’

‘’kenapa tuhan tetapkan takdir aku? Kalo aku ditakdirkan menjadi jahat, maka jahat la!’’

‘’apalah nasib aku, ditakdirkan Allah.. aku menjadi orang yang selalu ditindas’’.

Banyak sebenarnya manusia sering kali menyalahkan takdir. Aku buka la satu blog. Blog ini rujukannya juga hasil daripada blog saifulislam. Ia menceritakan satu kisah dimana seorang kaki motor (mat rempit laa) merempit sana sini dan mempunyai perangai yang sangat buruk. Satu hari mat moto ni ditegur oleh seorang ustaz la. Teguran ustaz itu menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati mat tu dan membalas kata-kata ustaz, ‘’ Ustaz, saya ni jahat sebab Allah dah memang takdirkan saya jadi macam ni. Nak wat camne la ustaz?.. habis je kata2 si mat tu lalu satu tamparan yang cukup hebat menyinggah ke pipi si mat ni. Paaaangggggg!!! (bunyi macam ni ke?). dengan tidak semena- mena si Mat ni bangun dan agak terkejut dengan tindakan Ustaz itu tadi. ‘’Pehal ustaz tampar saya nih?’’ dengan nada yang sangat marah. Relaks je ustaz itu menjawab ‘’ nak buat macam mana lagi, dah memang tertakdir oleh Allah..saya ni kena tampar awk lepas awk tanya tadi.

Termenung jauh aku mentafsirkan cerita ini. Buka lagi blog lain..terjumpa la beberapa ayat al-quran yang bermaksud:

‘’Dan Kami tidak mengutus Rasul- rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang- orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakahkamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhlukNya.’’

‘’Allah tidak akan mengubah nasi suatu kaum sebelum kaum itu merubahnya’’.

Pengajaran atau moral yang aku dapat jangan kita sesekali menyalahkan takdir kerana kita sebenarnya menyalahkan Allah. Allah sebenarnya memberi kita pilihan untuk merubah nasib kita dan takdir kita. sikap yang tidak baik yang ada dalam diri kita, sebenarnya bukan disebabkan tertakdir ada sikap yang tak baik. So, kita boleh merubah sikap yang tak baik itu. Jangan salahkan takdir dan jangan salahkan Allah.

Aku sempatlah beristighfar sekejap diatas keluhan disebabkan ujian yang telah Allah turunkan kepadaku. ;).