Sabtu, 17 Julai 2010

DAH MEMANG TAKDIR???


Masa aku tengah duduk sorang- sorang dalam bilik, aku mengenangkan nasib aku kat dunia ini. Apakah kesudahan hidup...bahagia? sengsara? Duka? Bergembira? Syurga? Atau neraka?. Aku mengeluh sendirian. Bukan setakat itu sahaja, aku juga mengeluh tentang ujian yang Allah berikan padaku. Macam- macam ujian la rasa macam tertekan sehingga aku jadi malas nak ambil pusing. Adakah semua ini takdir yang sudah tertulis dalam hidupku samaada berjaya atau tidak dalam mengharungi hidup ini.

20 minit kemudian, rakan bilik aku masuk. Dengan keadaan yang letih dan nampak tidak bermaya dia menghempaskan beg lalu mengeluh sendirian. Dia sempat menjeling kearahku dan pura- pura senyum. Aku membalas senyumannya walaupun aku juga pada ketika itu berpura- pura (senyum tak ikhlas). Aku sambung mengenangkan nasib aku ni. Tiba- tiba otak aku terfikir tentang TAKDIR. Apa itu takdir?

‘’Nak buat macam mana, dah takdir aku macam ni. Baik jahat aku pun dah takdir.’’

‘’dah ditakdirkan aku dilahirkan didunia ini sebagai orang yang bodoh, miskin. Nak buat apa lagi?’’

‘’kenapa tuhan tetapkan takdir aku? Kalo aku ditakdirkan menjadi jahat, maka jahat la!’’

‘’apalah nasib aku, ditakdirkan Allah.. aku menjadi orang yang selalu ditindas’’.

Banyak sebenarnya manusia sering kali menyalahkan takdir. Aku buka la satu blog. Blog ini rujukannya juga hasil daripada blog saifulislam. Ia menceritakan satu kisah dimana seorang kaki motor (mat rempit laa) merempit sana sini dan mempunyai perangai yang sangat buruk. Satu hari mat moto ni ditegur oleh seorang ustaz la. Teguran ustaz itu menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati mat tu dan membalas kata-kata ustaz, ‘’ Ustaz, saya ni jahat sebab Allah dah memang takdirkan saya jadi macam ni. Nak wat camne la ustaz?.. habis je kata2 si mat tu lalu satu tamparan yang cukup hebat menyinggah ke pipi si mat ni. Paaaangggggg!!! (bunyi macam ni ke?). dengan tidak semena- mena si Mat ni bangun dan agak terkejut dengan tindakan Ustaz itu tadi. ‘’Pehal ustaz tampar saya nih?’’ dengan nada yang sangat marah. Relaks je ustaz itu menjawab ‘’ nak buat macam mana lagi, dah memang tertakdir oleh Allah..saya ni kena tampar awk lepas awk tanya tadi.

Termenung jauh aku mentafsirkan cerita ini. Buka lagi blog lain..terjumpa la beberapa ayat al-quran yang bermaksud:

‘’Dan Kami tidak mengutus Rasul- rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang- orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakahkamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhlukNya.’’

‘’Allah tidak akan mengubah nasi suatu kaum sebelum kaum itu merubahnya’’.

Pengajaran atau moral yang aku dapat jangan kita sesekali menyalahkan takdir kerana kita sebenarnya menyalahkan Allah. Allah sebenarnya memberi kita pilihan untuk merubah nasib kita dan takdir kita. sikap yang tidak baik yang ada dalam diri kita, sebenarnya bukan disebabkan tertakdir ada sikap yang tak baik. So, kita boleh merubah sikap yang tak baik itu. Jangan salahkan takdir dan jangan salahkan Allah.

Aku sempatlah beristighfar sekejap diatas keluhan disebabkan ujian yang telah Allah turunkan kepadaku. ;).

Tiada ulasan: