Isnin, 7 Februari 2011

BERUBAH

Aku cuba untuk berfikir kembali masa yang aku tinggalkan.Terasa banyak dosa yang aku lakukan. Kadangkala insaf...kadangkala lalai, kadangkala buas. Harus bagaimanakah untuk aku kembali ke jalan yang benar? Ya Allah! Ya Tuhan!

BANTULAH HAMBA MU INI...

Naluriku berkata: kalau ingin berubah...berubahlah sekarang! bukan esok, lusa dan tahun depan. tapi hari ini! sekarang! dengus hatiku.

ya! benar katamu. aku harus berubah sekarang!

kata orang: kita tidak boleh berubah secara terus. harus perlahan- lahan, sedikit demi sedikit.

Naluriku berkata: itu kamu, bukan aku! aku tidak bisa menunggu untuk berubah. harus sekarang juga.

orang kata: kita tidak boleh memaksa!

naluriku berkata: kadangkala paksaan itu perlu! kalau menunggu itu sampai bila harus dimulakan? setahun kemudian? dua tahun kemudian...entah2 langsung tidak berubah.

Maka ku putuskan aku harus berubah sekarang! sekarang!

Rabu, 8 September 2010

MENGAWAL EMOSI



Sudah pasti dalam kehidupan anda telah merasai pelbagai emosi..betul tak?


Pernahkah anda, suatu ketika tidak dapat mengawal emosi anda?


Anda menyesal kerana sikap tersebut yang keterlaluan?


Emosional sebenarnya lebih cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan (keterlaluan/ melampau).
Contoh: mengamuk, memaki hamun sehingga mendatangkan kecederaan, sedih sehingga menjadi gila, membunuh diri, benci sehinggakan tidak dapat mengawal perasaan dan menyebabkan dendam yang berpanjangan dan sebagainya.

CARA MENGAWAL EMOSI


Beristighfar….berzikir mengingati Allah/ tuhan

Cuba bertenang- menenangkan fikiran daripada diganggu

Berfikiran positif

Sekiranya marah, duduklah….atau baringlah….atau pergi dari tempat kejadian.. Atau ambillah air sembahyang bagi yang muslim

Memberikan senyuman kepada orang lain

Memaafkan orang lain

Berdoa kepada Allah

Membina hubungan baik dengan orang lain

Cari kawan untuk meluahkan perasaan

Jangan biarkan diri anda kesunyian

Buatlah sesuatu yang disukai

Membaca Al – Quran

Pupuk sifat malu

ELAKKAN DIRI ANDA DARIPADA.......


Ø hidup yang penuh tekanan

Ø Melayan perasaan

Ø kata- kata yang bernada tinggi

Ø memaksa diri atau orang lain

Ø memikirkan keburukan diri atau masa hadapan

Ø melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan



Firman Allah dalam Surah
Ar-Ra’ad ayat 36. Mafhumnya:
'Sesungguhnya dengan mengingati Allah akan menjadi tenanglah semua hati’

Ahad, 22 Ogos 2010

BFM - Siri 1

Bengkel Fasilitator Muda

Siri I (FASILITATOR BERJIWA RAKYAT), bertarikh 22/8/2010 ( ahad).

Masjid Jamek Tanjong Malim

Pada hari ini, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan. Ermm apa aktiviti hari ini ya? Rupa- rupanya kami dikehendaki untuk pergi ke salah satu tempat atau kawasan. Tugas kami adalah membersihkan kawasan sekitar tempat tersebut. Patutlah ‘Fasilitator Berjiwa Rakyat’ katakan Hehehe. Ada empat tempat semuanya iaitu

· Rumah Sejahtera, Ketoyong ( Rumah Orang- orang tua).

· Masjid Jamek, Tanjong Malim

· Rumah Rehat, Tanjong Malim

· Rumah Anak Yatim Baitul Mahabah

Jalan Kaki pergi Ke Masjid


Saya merupakan kumpulan 2 dan dikehendaki pergi ke Masjid Jamek. Perjalanan dari kampus ke Masjid Jamek tanjong Malim tidak lah jauh mana, hanya 10 minit sahaja berjalan kaki. Sampai disana, kami disambut oleh 2 orang wakil dari Masjid Jamek. Kalau tidak salah saya mereka itu adalah tok siak dan setiausaha Masjid itu. Dalam hati saya kalau tak silap ini kali kedua saya datang ke Masjid Jamek ini. Kali pertama tumpang solat. Ini adalah kali kedua. Tak sangka kedatangan saya bukanlah untuk solat tetapi membersihkan masjid. Rasa teruja sekali kerana dapat berbakti pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selepas itu, kami sekali lagi dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan saya dikehendaki membersihkan tempat sembahyang bahagian lelaki. Masuk sahaja tempat sembahyang lelaki, bagi saya tidak lah kotor sangat. Kami hanya membuang sarang labah- labah, vacuum, sapu sampah dan sebagainya. Agak kepenatan sedikit. Tidak lupa juga kawasan tandas. Hehehe. Saya mengambil kesempatan meninjau persekitaran masjid Jamek ini. Rupa- rupanya advance juga ya tempat ini.. siap ada tadika, café, pejabat dan macam- macam lagi. Menurut setiausaha Masjid ini, kalau ada sesiapa yang ingin menumpang tidur ada bilik- bilik khas siap ada tempat gosok baju lagi. Sepanjang bulan ramadhan ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan di masjid ini antaranya ialah memasak bubur lambok. Wah… best ni.

Hasil Kerja Kumpulan Kami



Bersih- Bersih

Apa yang saya dapat pada siri pertama ini ialah tentang kecekalan. Iya lah kan sebab inikan bulan puasa. Kita sebagai hamba Allah yang berpuasa ditambahkan lagi dengan kerja- kerja berat, ia sudah semestinya memberikan suatu kelainan. Disini kecekalan sangat penting buat saya. Cekal menempuh dugaan dalam keadaan perut kosong. Mental dan fizikal juga harus kuat.

Selesai gotong royong ini dalam pukul 12.00 tengahari. Kami terus balik ke kampus. Sampai di kampus kami sekali lagi berkumpul di bilik konvokesyen bertempat di bangunan E-Learning. Di sini kami berkumpul untuk membuat refleksi dan mendengar pangalaman- pengalaman kumpulan lain. Sungguh teruja saya apabila mendengar ahli kupulan lain memberikan pengalaman mereka. Bagi saya semua ahli menjalankan tugas dengan baik dan memperolehi sesuatu yang baru. syabas kepada mereka yang menyertainya. good luck untuk siri yang seterusnya. ;)


Dah Habis....balik lah

Bengkel Fasilitator Muda



Fasilitator muda adalah untuk membentuk para pelajar membina jati diri, memperkuatkan mereka dari segi mental dan fizikal dan rohani. Fasilitator berfungsi memberikan bantuan dalam memperlancarkan proses komunikasi sekelompok sehingga mereka dapat memahami dan memecahkan masalah bersama- sama. Apa yang boleh saya katakan disini, fasilitator merupakan pelatih, dan memberi bimbingan nasihat atau pendapat. Bengkel yang akan saya lalui ini ada empat siri kesemuanya.

• Siri I (FASILITATOR BERJIWA RAKYAT), bertarikh 22/8/10.
• Siri II (BENGKEL SWA-DIRI FASILITATOR MUDA), bertarikh 29/8/10.
• Siri III (KEM PEMANTAPAN FASILITATOR MUDA), bertarikh 24-26/9/10.
• Siri IV (PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA), bertarikh 1-3/10/10.


Saya berasa amat seronok dan teruja serta tidak sabar- sabar untuk menjalani bengkel ini. Kalau boleh saya nak kutip sebanyak mungkin ilmu yang akan dicurahkan kepada saya dan juga rakan- rakan yang lain. Bukan saya tidak pernah menyertai mana- mana program fasilitator sebelum ini. Cuma saya ingin mengutip pengalaman baru dan ilmu baru. Bagi saya, pengalaman adalah berbeza bagi setiap program. Lagi satu, banyak- banyak program saya tidak pernah mengikuti T.O.T. tetapi melalui bengkel ini ada slot berkenaan T.O.T. jadi saya harus mengambil peluang keemasan ini. Lagi pula bayaran tidaklah semahal mana, iaitu sebanyak RM 40.00 sahaja. Apapun saya berharap diri saya kuat dan ada anjakan paradigma dalam diri selepas melalui bengkel ini. Tidak seorang pon yang memaksa saya untuk menyertai bengkel ini. Semuanya atas inisiatif saya sendiri, kerana saya perlukan perubahan dalam hidup untuk mendidik anak bangsa saya suatu hari nanti.

Sabtu, 21 Ogos 2010

MEMBINA MINDA POSITIF



Membina Minda Positif

Ramai orang tidak tahu begaimana menjadikan diri mereka positif dari pelbagai aspek. Saya percaya bahawa orang yang Berjaya dan bahagia bermula daripada minda yang positif. Percaya atau tidak, anda boleh menilainya. Secara logic akal, orang yang tidak positif terhadap diri adalah orang yang sering kalah sebelum berjuang. Membiarkan diri mereka hanyut. Membiarkan perasaan mengawal tindakan, membiarkan nafsu mengawal akal!. Maka jadilah mereka orang yang tidak berguna di bumi ini. Sebenarnya apa yang mengawal apa? Anda percaya bahawa saya mengatakan akal(minda) mengawal tindakan (tubuh badan)? Believe me. Percayalah!!! Bagaimana mahu membina minda yang positif? Mari kita baca petua ini.

1. Percaya kepada Allah/ Tuhan
Sebagai seorang manusia atau hamba wajib percayakan Allah ataupun tuhan. Berserah diri kepadanya. Percaya bahawa Allah telah mereka sesuatu yang lebih baik kepada kita. Janganlah berprasangka buruk terhadap Allah, nescaya Allah akan membalasnya dengan pelbagai ujian dan cubaan yang kadang- kadang manusia itu akhirnya kalah dengan diri sendiri.

2. Percaya bahawa anda boleh percaya kepada diri
Bunyinya pelik bukan? Ya anda harus percaya dahulu kepada keupayaan anda untuk percaya kepada diri. Biarlah orang lain tidak percaya. Tetapi jadikanlah anda orang yang pertama mempercayai diri anda sendiri. Susah kah? Cuba sebut anda boleh sebanyak yang mungkin. Paksa diri anda untuk percayakan diri. Anda kena ingat bahawa selagi anda tidak percaya yang ada boleh percaya diri anda tidak akan kemana-mana.

3. Ubah Penampilan Diri
Anda rasa teruk dengan penampilan anda? Tidak tahu untuk mengubahnya? Anda ada cermin? Cerminlah diri anda. Lihat diri anda selama yang mungkin. Dimana yang membuatkan anda rasa rendah diri dan tidak yakin diri. Lihat kekurangan anda sedalam- dalamnya. Lihat pula tempat lain yang anda merasakan anda bangga mempunyainya.

4. Soal Diri dengan soalan positif
Berkomunikasilah selalu dengan diri sendiri. Kadangkala manusia tidak kenal siapa diri sendirinya. Orang yang selalu berkomunikasi dengan diri sendiri adalah orang yang kenal benar dengan dirinya. Gunakan soalan- soalan yang positif kepada diri anda :
“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

5. Fokus kepada apa yang anda mahukan
Dalam dunia kita diberi pilihan. Orang tamak selalu rugi. Orang tamak juga diberi pilihan tetapi mengapa dia rugi? Sebab tindakannya salah. Dia tidak focus kepada sesuatu perkara. Umpama peribahasa yang kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Focus ini bermaksud, tetapkan matlamat anda. Berikan focus kepada apa yang kita mahukan dalam jangka pendek.

6. Carilah Ilmu Pengetahuan
Bagi membina minda yang positif anda perlulah menuntut ilmu pengetahuan. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin mudah untuk dia berfikiran positif. Sertailah kursus- kursus, seminar, ceramah yang berbentuk kepimpinan. Nescaya anda mampu untuk memimpin diri sendiri dan juga orang lain. Tapi apa yang penting pimpinlah diri sendiri dahulu. Tuntutlah ilmu sehingga nafas terakhir.

7. Pilihlah Kawan yang Sesuai
Kawan memainkan peranan yang sangat kuat. Kawan yang positif ialah mereka yang membawa kita ke arah kebaikan bukannya keburukan. Kawan dengan kawan yang jahat maka jahatlah anda. Kawan dengan orang yang baik maka baiklah anda. Begitu besar pengaruh seorang kawan. Orang yang positif akan mencari kawan yang boleh membawanya kearah kebaikan dan kejayaan.

8. Berikan dan buatlah yang Terbaik
Dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan, buatlah yang terbaik untuk anda, serta tawakal kepada Allah. Apa yang penting adalah dalaman dan jati diri yang kuat.

9. Memupuk sifat Sabar
Sabar itu separuh dari iman. Orang yang sabar adalah orang yang bersikap positif. Sabar memupuk seseorang itu menjadi manusia yang sempurna.

Isnin, 26 Julai 2010

Fesyen

Ada apa ya dengan fesyen? Tudung (hijab)? Alat solek? Ala macam- macam lagi la yang perempuan suka. Kadang- kadang aku yang perempuan ni pun susah nak faham jiwa seorang perempuan. Sebelum aku nak citer pasal fesyen, tudung ni semua...jom layan jap aku punya pengamatan terhadap seorang rakan rumah aku ni. Bukan nak mengumpat, Cuma sebagai santapan untuk kita berfikir sejenak.

Aku baru la balik dari kelas dalam jam 12 tengahari la kan. Sampai kat umah, rakan rumah aku ni sedang bersiap untuk keluar. Aku lepas salin pakaian, aku terus la buat kerja. Basuh baju, jemur baju, sapu sampah, buang sampah dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, masa aku basuh baju, rakan rumah aku ni tengah pakai tudung la kan nak keluar. Tudung dia jenis selendang (panjang dan jarang). Aku tengok je la dia dok belit- belit kain tudung tu kat kepala. Semua belit- belit. Putar sana putar sini...sampai aku naik pening. Lantak ko la nak belit- belit apa aku kisah.aku pon buat tak endah je la lepas tu. Nak tahu tak? Aku basuh baju, jemur baju, jerang air, dah habis kerja aku buat. Tapi yang masalahnya rakan rumah aku ni tak habis lagi pakai tudung. Aku gelak je dalam hati. Mengucap sekejap.

Kan senang pakai tudung biasa je. Tak payah nak belit- belit. Terus sarung..jimat masa. Terlintas la satu perkataan kat otak aku nih iaitu ‘Fesyen’. Adakah kita yang kaum perempuan ini merupakan hamba kepada fesyen? sanggup menghabiskan banyak masa, duit dan menggadaikan apa- apa yang kita ada semata- mata untuk fesyen atau kecantikan. Kalau menutup aurat tu tak apalah, tapi tudung yang dipakai bukan menutup aurat dengan sepenuhnya. Masih lagi nampak apa yang mereka tutupi kerana kain tudung itu sangat jarang. Baik tak usah pakai. Berdosa juga kalau nampat aurat.

Seperti juga alat solek, berjam- jam mengadap cermin. Kalau dah muka macam tu ko tambah apapun ia tetap sama. Tak boleh nak jadi muka macam Pretty Zinta, Amisya, Jenifer Lopez atau sebagainya. Cukup lah sekadar kita bersederhana. Islam mengajar kita untuk bersederhana dan dalam keadaan bersih. Apa yang penting kecantikan dalaman. Ramai orang kita lupa tentang kecantikan dalaman. Macam ni la, kamu semua tonton la video kat bawah ni. Aku malas nak cakap banyak. Fikir- fikirkan la ea.

Sabtu, 17 Julai 2010

DAH MEMANG TAKDIR???


Masa aku tengah duduk sorang- sorang dalam bilik, aku mengenangkan nasib aku kat dunia ini. Apakah kesudahan hidup...bahagia? sengsara? Duka? Bergembira? Syurga? Atau neraka?. Aku mengeluh sendirian. Bukan setakat itu sahaja, aku juga mengeluh tentang ujian yang Allah berikan padaku. Macam- macam ujian la rasa macam tertekan sehingga aku jadi malas nak ambil pusing. Adakah semua ini takdir yang sudah tertulis dalam hidupku samaada berjaya atau tidak dalam mengharungi hidup ini.

20 minit kemudian, rakan bilik aku masuk. Dengan keadaan yang letih dan nampak tidak bermaya dia menghempaskan beg lalu mengeluh sendirian. Dia sempat menjeling kearahku dan pura- pura senyum. Aku membalas senyumannya walaupun aku juga pada ketika itu berpura- pura (senyum tak ikhlas). Aku sambung mengenangkan nasib aku ni. Tiba- tiba otak aku terfikir tentang TAKDIR. Apa itu takdir?

‘’Nak buat macam mana, dah takdir aku macam ni. Baik jahat aku pun dah takdir.’’

‘’dah ditakdirkan aku dilahirkan didunia ini sebagai orang yang bodoh, miskin. Nak buat apa lagi?’’

‘’kenapa tuhan tetapkan takdir aku? Kalo aku ditakdirkan menjadi jahat, maka jahat la!’’

‘’apalah nasib aku, ditakdirkan Allah.. aku menjadi orang yang selalu ditindas’’.

Banyak sebenarnya manusia sering kali menyalahkan takdir. Aku buka la satu blog. Blog ini rujukannya juga hasil daripada blog saifulislam. Ia menceritakan satu kisah dimana seorang kaki motor (mat rempit laa) merempit sana sini dan mempunyai perangai yang sangat buruk. Satu hari mat moto ni ditegur oleh seorang ustaz la. Teguran ustaz itu menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati mat tu dan membalas kata-kata ustaz, ‘’ Ustaz, saya ni jahat sebab Allah dah memang takdirkan saya jadi macam ni. Nak wat camne la ustaz?.. habis je kata2 si mat tu lalu satu tamparan yang cukup hebat menyinggah ke pipi si mat ni. Paaaangggggg!!! (bunyi macam ni ke?). dengan tidak semena- mena si Mat ni bangun dan agak terkejut dengan tindakan Ustaz itu tadi. ‘’Pehal ustaz tampar saya nih?’’ dengan nada yang sangat marah. Relaks je ustaz itu menjawab ‘’ nak buat macam mana lagi, dah memang tertakdir oleh Allah..saya ni kena tampar awk lepas awk tanya tadi.

Termenung jauh aku mentafsirkan cerita ini. Buka lagi blog lain..terjumpa la beberapa ayat al-quran yang bermaksud:

‘’Dan Kami tidak mengutus Rasul- rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang- orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakahkamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhlukNya.’’

‘’Allah tidak akan mengubah nasi suatu kaum sebelum kaum itu merubahnya’’.

Pengajaran atau moral yang aku dapat jangan kita sesekali menyalahkan takdir kerana kita sebenarnya menyalahkan Allah. Allah sebenarnya memberi kita pilihan untuk merubah nasib kita dan takdir kita. sikap yang tidak baik yang ada dalam diri kita, sebenarnya bukan disebabkan tertakdir ada sikap yang tak baik. So, kita boleh merubah sikap yang tak baik itu. Jangan salahkan takdir dan jangan salahkan Allah.

Aku sempatlah beristighfar sekejap diatas keluhan disebabkan ujian yang telah Allah turunkan kepadaku. ;).